
Tiada laporan banjir kilat hari ini – APM
AYER KEROH 7 Mac – Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri tidak menerima sebarang laporan banjir kilat di mana-mana kawasan di negeri ini walaupun berlaku hujan lebat pagi tadi.
Pengarah APM Negeri Melaka merangkap Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat jam 12.40 tengah hari ini, tiada kawasan yang dinaiki air.
“Setakat jam 12.40 tengah hari ini, kita tidak menerima apa-apa laporan banjir kilat di mana-mana kawasan seperti yang berlaku dalam daerah Melaka Tengah petang semalam dan malam tadi.
“Bagaimanapun kami masih masih memantau perkembangan banjir kilat yang lazimnya berpunca daripada hujan lebat dan limpahan air sungai serta perparitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Petang semalam, tular beberapa rakaman video dan gambar insiden kereta tenggelam di Taman Krubong Perdana, selepas hujan lebat.
Kawasan lain yang turut terjejas banjir kilat termasuk Pengkalan Rama Pantai, Taman Merdeka, Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya dan Kampung Tampoi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...