Tiada ketetapan ibu tidak lengkap dos vaksin tidak dibenarkan bersama bayi
BUKIT PALAH 24 Ogos – Hospital Melaka (HM) menafikan dakwaan seorang pemilik Facebook yang mendakwa ibu yang tidak lengkap dua dos vaksin tidak dibenarkan bersama bayi.
Menurut kenyataan dikeluarkan hospital berkenaan, tiada ketetapan seumpama itu diguna pakai dalam Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta Jabatan Pediatrik HM.
Jelasnya, untuk maklumat orang awam, bagi kes kelahiran di hospital berkenaan, ibu perlu menjalani ujian calitan RTK-Antigen bagi memastikan dirinya bebas daripada jangkitan COVID-19.
“Ibu dibenarkan bersama bayi sekiranya tidak mempunyai sebarang jangkitan, bagaimanapun bagi ibu yang berstatus positif atau dikategorikan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI) akan diasingkan daripada bayi.
“Bayi yang ibunya positif COVID-19 akan diasingkan dan ditempatkan di Special Care Nursery (SCN) bagi mengelakkan risiko jangkitan,” katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu diminta menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Melaka di talian 06-234 5999 atau hantarkan emel di [email protected].
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...