Sorting by

×

Tiada aduan kenaikan harga barang di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SUNGAI UDANG 18 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka tidak menerima sebarang aduan mahupun laporan mengenai kenaikan harga barang mentah di negeri ini sejak 1 April lalu.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, ia sekali gus membuktikan harga bahan mentah di Melaka adalah terkawal.

Katanya, situasi itu turut dibantu dengan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa yang bermula 15 hingga 30 April ini yang menyaksikan sebanyak 30 jenis barangan dikawal harganya.

“Menerusi SHMMP, pegawai Penguat Kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya jika tidak mahu dikenakan tidakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran SHMMP Hari Raya Puasa di sebuah pasar raya di Bertam Setia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya Tuminah Kadi @ Mohd Hashim dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar.

Sementara itu, Norena berkata, sepanjang Aidilfitri ini, seramai 35 pegawai dan penguatkuasa akan bertugas bagi memantau sebarang salah laku membabitkan aspek kepenggunaan.

Katanya, kesemua yang bertugas akan dibahagikan kepada lima pasukan bagi membuat pemantauan di seluruh negeri terutama jika terdapat aduan daripada orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1188
Kongsi :
Previous post JKR rangka reka bentuk naik taraf Jalan Tun Hamzah
Next post Tiga individu ditahan dipercayai dera, rogol budak 7 tahun
Ubah saiz-+=