Sorting by

×

The Bountiful Harvest of Baiyue pukau penonton

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

KOTA LAKSAMANA 6 Oktober – Lebih 45,000 pengunjung dijangka hadir menonton persembahan akrobatik kreatif ‘The Bountiful Harvest of Baiyue’  yang membariskan lebih 60 ahli akrobatik dari China.

Pengarah Eksekutif Yong Tai Berhad (YTB) Tyson See berkata, persembahan yang memaparkan kisah kehidupan masyarakat sementara menunggu musim menuai padi Baiyue itu dipentaskan secara langsung di Encore Melaka sehingga 29 Oktober ini.

“Secara keseluruhan kita sasarkan seramai 45,000 bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara akan hadir menonton persembahan yang amat menarik ini kerana mempunyai gabungan pelbagai elemen.

“Dengan setiap satu persembahan mempunyai jalan cerita menarik ditambah dengan gabungan artistik dan akrobatik pasti akan memukau pengunjung yang hadir.

“Antara persembahan yang dipertontonkan adalah suasana di pasar tani, berkisahkan kincir air dan ikan di tasik teratai, malah turut dipentaskan juga aksi akrobatik tradisional orang China iaitu dirian satu tangan diatas kerusi setinggi tujuh meter,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Kewangan YTB berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan The Bountiful Harvest of Baiyue, di Encore Melaka, pada Jumaat.

IMG_1707
Pengarah Eksekutif Yong Tai Berhad (YTB) Tyson See (kanan) beramah mesra bersama barisan ahli akrobatik dari China selepas persembahan ‘The Bountiful Harvest of Baiyue’, yang diadakan di Encore Melaka. Foto: MR. AZLI

Menurut beliau, persembahan itu juga simbolik kepada persiapan menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM24) pada tahun hadapan.

“YTB juga bertanggungjawab untuk menggalakkan pelancong datang ke Melaka dan ini adalah usaha kita menjelang TMM24 nanti. Malah pihak kami juga masih dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri untuk penganjuran beberapa lagi program.

“Kami harap untuk masa akan datang YTB dapat menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Negeri dalam menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke Melaka,” katanya.

Menurut Tyson, persembahan diadakan itu juga adalah bersempena sambutan ke-50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Persembahan hari pertama ‘The Bountiful Harvest of Baiyue’ itu ditonton kira-kira 1,000 orang dan apa yang membuatkan penonton teruja adalah setiap pertunjukan mempunyai jalan cerita yang penuh makna ditambah dengan pergerakan akrobatik yang menarik.

IMG_1706
Persembahan yang memaparkan kisah kehidupan masyarakat sementara menunggu musim menuai padi Baiyue yang diadakan di Encore Melaka. Seramai lebih 50 ahli akrobatik dari negara China menunjukkan persembahan yang menarik dengan gabungan pelbagai elemen memukau pengunjung yang hadir. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1219
Kongsi :
Previous post Musang King segar bakal dieksport ke China
Next post Lima kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang
Ubah saiz-+=