
Thaipusam : Individu ingin terbangkan dron perlu kebenaran CAAM – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 16 Jan – Mana-mana individu yang ingin menerbangkan dron bagi merakam suasana sambutan Thaipusam pada Selasa ini perlu mendapatkan permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu yang melanggar peraturan berkenaan.
“Anggota-anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan turut akan digerakkan bagi membantu penugasan mengawal keselamatan dan kelancaran sambutan itu yang bakal bermula malam ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, di Selangor kira-kira 2,000 anggota polis akan digerakkan bagi memastikan sambutan Thaipusam di dua lokasi utama di negeri berkenaan berjalan lancar.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata seramai 1,500 anggota ditempatkan di sekitar Batu Caves manakala bakinya di Kuala Selangor.
Di Pulau Pinang pula seramai 1,300 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang sambutan berkenaan menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...