
Thailand belum buka pintu untuk pelancong asing
BANGKOK, 28 Ogos – Model Phuket yang diwujudkan untuk menyambut pelancong asing tidak akan dilaksanakan dalam waktu terdekat, sebaliknya rakyat Thailand digesa bercuti untuk membantu merancakkan kembali ekonomi tempatan, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Jurucakap kerajaan Traisulee Traisoranakul berkata projek itu yang dirancang sebagai panduan dalam menyambut pelancong asing masih dibincangkan dengan terperinci.
Banyak faktor perlu dipertimbangkan termasuk kaedah penerimaan dan kategori pelawat serta langkah-langkah saringan untuk mengelakkan gelombang kedua penularan COVID-19, kata jurucakap itu.
“Ia memerlukan lebih banyak masa sebelum dapat dilaksanakan untuk menjamin apabila warga asing dibenarkan masuk mereka tidak akan menimbulkan risiko penularan kedua COVID-19,” ujarnya.
Katanya, buat masa ini pintu untuk pelancong asing masih belum dibuka.
Justeru itu, kerajaan mengajak rakyat Thailand membantu merangsang ekonomi dan mengagihkan pendapatan kepada penduduk setempat dengan melancong dalam negara. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...