Teruja pilih baju raya sendiri

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

PENGKALAN BATU 9 April – “Macam tidak percaya pun ada juga apabila dapat pilih sendiri baju dan kasut raya, malah terasa suasana raya tahun ini agak ‘special’,” luah Zulhelmi Zulkifili, 14.

Zulhelmi yang juga penghuni di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jasin antara 25 anak yatim dan asnaf diraikan pada Program Semarak Ramadan yang diadakan Melaka ICT Holdings (MICTH).

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, Jasin itu, peluang ke pusat membeli belah bersama rakan-rakan untuk berbelanja adalah kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

“Peluang ini sudah lama ditunggu-tunggu dan hari ini tercapai juga keinginan itu apabila dapat merasai suasana membeli belah baju raya sendiri.

“Ini juga kali pertama saya dapat pilih sendiri baju melayu, songkok dan kasut raya sendiri. Perasaan seronok itu tidak dapat digambarkan,” katanya.

Ujarnya, meskipun nasibnya tidak seperti rakan seusia yang lain namun dia berterima kasih kepada ibunya apabila setiap tahun akan berusaha membeli baju raya buatnya dan adik beradiknya yang lain.

44F88339-207D-4ADD-987A-6F3D7DAD9355
Nabila Mohd Nor, 16, bersama adiknya Nasuha Mohd Nor, 10

Bagi seorang lagi penghuni, Nabila Mohd Nor, 16, berkata, dia amat bersyukur apabila dia dan adiknya Nasuha Mohd Nor, 10, diberi peluang ‘beraya sakan’ hasil daripada keprihatinan MICTH.

“Kalau ditanya semua orang mahu rasakan detik-detik membeli baju raya seperti ini, sama seperti kami, ia satu pengalaman yang amat manis.

“Tanpa keprihatinan pihak MICTH yang sudi berkongsi rezeki dan keceriaan juga, mungkin kami tidak dapat rasa pengalaman ini. Oleh itu terima kasih tidak terhingga daripada kami berdua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1542
Kongsi :
Previous post Satu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang
Next post CUEPACS cadang gaji diawalkan 14 April
Ubah saiz-+=