
Teruja dan debar kembali ke sekolah
BANDA HILIR 15 Julai – Perasaan teruja dan berdebar silih berganti apabila pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Francis memulakan semua sesi persekolahan hari ini.
Pelajar Tingkatan Empat, Ian George Tay berkata, dia bangun seawal 6 pagi dan tidak sabar untuk ke sekolah bertemu rakan dan guru.

Bagaimanapun, katanya dia turut merasakan debaran untuk memulakan sesi persekolah selepas hampir empat bulan sekolah ditutup akibat pandemik Covid-19.
“Saya teruja sangat dapat kembali semula ke sekolah dan pada masa yang sama perlu biasakan diri dengan norma baharu.”
“Agak terkejut pihak sekolah mampu mengatur semua SOP dengan baik dan mampu menghimpunkan semua pelajar dalam satu kelas tanpa perlu memecahkan kelas.
“Memandangkan Melaka ada dua rekod kes baharu, jadi saya rasa pihak sekolah menjalankan langkah keselamatan dengan baik untuk pastikan saya dan rakan-rakan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ammar Husainy Mohd Azhar, 16 berkata dia perlu biasakan semula rutin harian hari persekolahan selepas empat bulan tidak bersekolah.
“Saya perlu biasakan semula untuk bangun pagi, basuh baju sekolah dan melakukan kerja sekolah di rumah,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...