Sorting by

×

Teruja bergelar mahasiswa Unimel

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

KUALA LINGGI 4 Julai – “Alhamdulillah, sebab saya tak sangka dan teruja sebab ini kali pertama saya bertapak di universiti sebab selalu dengan cerita orang sahaja tapi kali ini saya dapat juga bergelar mahasiswa,” kata Khairul Nuriman Rahmat,18.

Khairul Nuriman antara lebih 500 pelajar baharu mendaftar sebagai penuntut Universiti Melaka (Unimel) dalam sesi Minggu Mesra Siswa (MMS), di sini semalam.

Dia yang berasal dari Krubong berkata, dia bangga menjadi penuntut di universiti itu dan akan meneruskan perjuangannya sebagai pelajar bagi mencapai cita cita dalam bidang perundangan.

“Alhamdulillah, Unimel hari ini setaraf dengan universiti lain di negara ini dan itu antara sebab saya pilih universiti ini untuk sambung pelajaran dalam Diploma Undang-Undang.

“Malah, saya bersyukur diberikan kelebihan sebagai anak Melaka untuk menerima insentif RM1,000 sekali gus mampu mengurangkan perbelanjaan keluarga,” katanya.

WhatsApp Image 2023-07-03 at 17.02.07
RADHUAN bersama anaknya, Nur Ariena.

Sementara itu, seorang bapa, Radhuan Abdul,54 berkata, dia menyarankan anaknya, Nur Ariena memilih Unimel bagi melanjutkan pengajian di situ berikutan lebih mudah berurusan pada masa akan datang.

Menurutnya yang berasal dari Tedong, Merlimau bersyukur diberikan kemudahan dan kelebihan sebagai anak Melaka yang menuntut di Unimel.

“Alhamdulillah, terima kasih Kerajaan Negeri yang memartabatkan Unimel yang asalnya dari sebuah kolej menjadi universiti terkemuka.

“Disebab itulah saya menyarankan anak saya meneruskan pengajian di sini selain bakal diberikan insentif sebagai anak Melaka.

WhatsApp Image 2023-07-03 at 17.02.54
FATIN Afiqah

Pada masa sama, seorang pelajar dari Batu Pahat, Johor, Fatin Afiqah Miswan berkata, minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak menjadikan Unimel sebagai institusi menara gading pilihannya.

Katanya, Unimel merupakan antara pilihannya untuk meneruskan pengajian selepas dicadangkan oleh rakan-rakan dan keluarganya.

“Alhamdulillah saya bangga menjadi sebahagian daripada warga Unimel dan akan teruskan perjuangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6283
Kongsi :
Previous post Unimel dijangka terima 1,000 pelajar baharu
Next post Masalah banjir, ribut dihadapi penduduk diselesai segera
Ubah saiz-+=