
Terserah kepada PAS – Ab Rauf
MACHAP JAYA 15 Oktober – Sejarah kerjasama yang membuahkan hasil pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai , Johor sebelum ini perlu diambil kira PAS dalam membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, gabungan UMNO dan PAS memenangi semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) ketika itu.
“Tidak pernah dalam sejarah PRK Malaysia sejak merdeka kita memenangi semua PDM seperti PRK Tanjung Piai yang lepas.
“Semua ini membuktikan kesepakatan PAS dan UMNO ini satu gabungan yang baik ketika itu. Terserah kepada pucuk pimpinan PAS, kalau hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Kampung Permai, Machap Umboo, di sini, hari ini.
Ab Rauf, turut menasihatkan kepada seluruh kepimpinan BN dan UMNO seluruh negara terus bersatu demi perjuangan parti itu.
“Kalau mereka mahu bersama kita datanglah dengan kerelaan hati…UMNO juga mempunyai perasaan dan kita juga mempunyai nilai perjuangan tersendiri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...