
Tersedut asap punca kematian tiga beranak
BALIK PULAU, 26 Mei – Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini pagi semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal.
Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, anak lelaki Muhamad Ibrahim, 33, dan anak perempuan Rahbiah Jasmin, 20, mendapati kesemua mereka meninggal dunia akibat tersedut asap.
“Hasil bedah siasat yang dilakukan doktor pakar Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau mendapati kesemua mangsa meninggal dunia disebabkan ‘Smoke Inhalation’ (tersedut asap),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, seorang ibu dan dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau. – BERNAMALanggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...