Sorting by

×

Terowong dasar laut Melaka akan bermula dari Telok Gong

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

TANJUNG BIDARA, 24 April – Melaka menunggu persetujuan dari republik Indonesia bagi melengkapkan pengkalan data pembinaan terowong dasar laut ke Dumai, Indonesia.

Exco Kanan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jajaran terowong dasar laut itu akan bermula dari Telok Gong melalui jajaran masuk di Tol Simpang Ampat dengan jarak sepanjang 22 kilometer (km).

Jelasnya lagi, pihaknya bagaimanapun akan mengadakan temu janji dengan kepimpinan republik Indonesia dalam tempoh terdekat ini khusus bagi memperincikan konsep ‘One Belt, One Road’ mengikut perancangan.

“Saya sedang menunggu temu janji dengan kepimpinan republik Indonesia dan dalam tempoh 90 hari kalau saya dapat membentangkan kertas kerja seterusnya diterima baik maka ia akan menjadi realiti dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

“Jadi sekiranya Melaka Indonesia itu dapat dihubungkan melalui jalan darat maka keseluruhan hubungan dari China masuk ke Thailand, Kemboja, Vietnam akan terus dapat dihubungkan ke Shanghai, China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, hari ini.

Hadir sama, bekas ADUN Tanjung Bidara, Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid dan lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, ujarnya, pembinaan terowong dasar laut itu berupaya  melonjakkan kemajuan negeri pada masa depan dengan menyediakan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan baharu.

“Kita telah pun kenal pasti kawasan-kawasan industri di sepanjang jajaran itu dan hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada republik Indonesia.

“Ini merupakan cadangan daripada kerajaan negeri Melaka yang akan diambil inisiatifnya oleh ‘private company’ untuk dimasukkan dalam Pelan Dasar Fizikal Negara di Putrajaya yang mana pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedang menilai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2273
Kongsi :
Previous post Para peluncur maut: Cuaca, angin bukan punca insiden – Polis
Next post Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis
Ubah saiz-+=