Teroka pensijilan halal produk bukan makanan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 9 Ogos – Melaka Halal Hub bakal meneroka lebih banyak peluang dalam perkhidmatan pensijilan halal bagi produk bukan berasaskan makanan khusus yang diusahakan oleh usahawan atau industri di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, potensi besar bagi perkhidmatan pensijilan halal produk perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Melaka Halal Hub.

Mengulas lanjut berhubung saranan itu Mohd Yusof berkata, antara yang boleh diberikan perhatian adalah produk seperti kesihatan dan perkhidmatan.

“Produk dan perkhidmatan halal ini bukan sahaja pada makanan, sebaliknya turut menumpukan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan sebagainya. Malah potensi itu bukan sahaja terhad untuk produk di negeri melaka ia amat luas termasuk hingga ke luar negara.

“Jika lebih banyak produk dan perkhidmatan halal dibentuk di Melaka Halal Hub ia bukan saja membawa keyakinan kepada umat Islam bahkan pengguna bukan beragama islam juga ada yang menghargai produk seperti ini.

“Kita sarankan Melaka Halal Hub untuk memperluaskan hasrat ini, teroka dengan lebih lanjut peluang yang ditawarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung pensijilan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan MCORP Bagi Bulan Julai 2024 diadakan di Lobi Menara MITC, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Melaka Halal Hub, Azmi A Rahman serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :
Previous post Nurul Syasya mahu terus sumbang pingat untuk Melaka
Next post JPN Melaka laksana transaksi tanpa tunai September ini
Ubah saiz-+=