Terminal Bas Pulau Sebang Sentral siap 85 peratus
GADEK 3 Februari – Terminal Bas Pulau Sebang Sentral bakal siap pada pertengahan tahun ini sekaligus mampu menguraikan trafik yang sesak di Pekan Pulau Sebang-Tampin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, V.P Shanmugam berkata terminal terbabit yang sepatutnya siap dua tahun lalu kini hampir siap sepenuhnya dan bakal beroperasi pada pertengahan tahun ini.
Katanya, terminal yang dianggarkan bernilai RM10 juta tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap serta mampu memberi keselesaan kepada pengguna.
“Kira-kira 85 peratus pembinaan terminal ini sudah siap dan hanya memerlukan kurang tiga bulan untuk siap sepenuhnya dan beroperasi.
“Sekurang-kurangnya 20 buah bas dan teksi dapat ditampung,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shanmugam yang juga Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkata pembinaan terminal itu juga mampu menyelesaikan isu kesesakan trafik yang berlaku di Pekan Pulau Sebang- Tampin.
Katanya, kesesakan berlaku secara kekerapan apabila menjelang musim cuti sekolah dan perayaan.
“Terminal ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan mampu menyelesaikan masalah trafik dan mengatasi kesesakan di Pekan Pulau Sebang- Tampin,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...
TERIMA KASIH 12.32 JUTA PELANCONG
AYER KEROH 11 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, merakamkan setinggi-tinggi...
ZOO MELAKA LAKUKAN PERSIAPAN SAMBUT WTD2025, VM2026
AYER KEROH 11 Disember - Kerja-kerja penambahbaikan dan menceriakan Zoo Melaka akan dilaksanakan sebagai persediaan bagi sambutan Hari Pelancongan Sedunia...