Sorting by

×

[TERKINI] Kerajaan negeri akan bekerja seperti biasa – KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MERLIMAU 2 Okt. – Jentera pentadbiran kerajaan negeri akan terus berjalan seperti biasa walaupun timbul beberapa spekulasi ketika ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, selagi terus diberi mandat untuk memimpin kerajaan negeri, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa.

Tegasnya, berbanding isu politik, beliau lebih tertarik untuk memberi fokus terhadap masalah rakyat yang lebih banyak terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

SULAIMAN Md Ali

“Saya akan terus berkhidmat seperti biasa. Begitu juga Exco-exco kerajaan negeri yang lain.

“Selagi saya terus diberi mandat untuk memimpin dan menguruskan Melaka, saya akan bekerja seperti biasa dan terus bantu membangunkan Melaka.

“Sampai masa nanti, kita ‘berperanglah’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti untuk rakyat menentukan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan ziarah kasih ke Kampung Ayer Merbau, di sini.

Mengulas lanjut, Sulaiman sebarang isu lain tidak seharusnya timbul tatkala negara masih dalam fasa pandemik COVID-19.

“Pada saya tak baiklah (suhu politik). Dalam waktu pandemik ini sepatutnya kita fokus untuk selesaikan masalah.

“Kita sudah hampir ke fasa endemik. Kenapa perlu untuk kita nak bangkitkan isu-isu politik seperti ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

354
Kongsi :
Previous post Tersalah ambil picagari kosong ketika proses vaksinasi remaja
Next post Azalina dilantik Penasihat Khas PM
Ubah saiz-+=