Sorting by

×

Terkejut esok raya

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MASJID TANAH 1 Mei – “Memang tiada apa yang sempat buat, tahu sahaja esok raya terus saya ajak suami datang sini beli barang,” itu kata Norhayati Shariff.

Norhayati, 59, berkata, kebiasaan dia akan membuat persiapan termasuk memasak juadah sehari sebelum Hari Raya tetapi disebabkan tahun ini situasi itu agak kelam kabut kerana ‘terkejut’.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia hanya mengetahui esok raya selepas dimaklumkan oleh anak bongsu selepas berbuka puasa.

“Selepas berbuka tadi, saya sarung telekung hendak ke masjid tarawih tetapi lain jadinya bila anak cakap esok sudah raya.

“Terus saya buka telekung ajak suami ke sini beli barang memasak yang tidak cukup lagi. Mujurlah daging dan ayam sudah beli siang tadi,” katanya ketika ditemui di Pekan Masjid Tanah.

HASNAN

Seorang lagi, penduduk Hasnan Karim, 57, berkata, dia dan isteri hanya mengetahui Aidilfitri akan disambut esok selepas diberitahu oleh anak saudaranya.

“Ingatkan esoklah baru mahu pergi cari daging ke ayam ke termasuklah hendak kemas rumah. Tidak sangkalah pula raya awal.

“Mujurlah dapat dapat beli ayam. Insyaallah malam ini juga isteri akan sedia dan masak apa yang sempat untuk juadah esok,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Media sosial turut dibanjiri dengan perasaan terkejut berikutan ramai yang masih belum membuat persiapan hiddangan hari raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

856
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri titip pesan kepada rakyat Melaka
Next post Umat Islam di Indonesia dan Thailand beraya pada Isnin, Singapura pada Selasa
Ubah saiz-+=