Sorting by

×

TERIMA KASIH RAKYAT MELAKA – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TANJUNG BIDARA 20 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka atas sambutan luar biasa dengan kehadiran kira-kira 50,000 tetamu pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, semalam.

Ab Rauf, menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau berkata, kemeriahan suasana rumah terbuka itu jelas mencerminkan keharmonian dan perpaduan rakyat hasil daripada pentadbiran kerajaan yang stabil.

“Terima kasih rakyat Melaka. Saya turut sifatkan sambutan kali ini benar-benar luar biasa termasuk sajian di lebih 70 kios dan gerai makanan, 18 ‘food truck’ (trak makanan) bagi menyambut kehadiran tetamu,” kata Ketua Menteri.

Majlis bermula sejak petang diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman serta Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, .

Turut hadir ke rumah terbuka itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Menteri Kabinet, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan selain tokoh-tokoh korporat.

Sebaik bermula sejak jam 3 petang tadi, perkarangan Villa d’Acqua tidak putus-putus dipenuhi pengunjung meskipun berkeadaan cuaca tidak menentu.

Setakat jam 5 petang sahaja dianggarkan lebih 10,000 pengunjung telah membanjiri tapak Majlis untuk menjamu selera dan memanfaatkan kesempatan yang ada untuk berjumpa dengan pemimpin Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

521
Kongsi :
Previous post AMALKAN SUNNAH PASTI BEROLEH KEJAYAAN
Next post TABUNG HAJI KERJASAMA RAPAT DENGAN MCMC, POLIS BANTERAS PAKEJ HAJI PALSU