Terima kasih ‘lindungi’ kami – Orang Asli Machap Jaya

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

MACHAP JAYA 8 Oktober – Biarpun bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan, namun risiko terdedah pada kemalangan bagi masyarakat Orang Asli sangat tinggi.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Machap Jaya, Asing Apen yang bekerja sebagai penoreh getah lebih 40 tahun, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhnya untuk mencari rezeki.

Namun dia bersyukur, kerana kini ditaja untuk mencarum skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas berpuluh tahun bekerja sendiri.

“Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem yang sudi menaja seramai 100 masyarakat Orang Asli untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Sekurang-kurangnya selepas ini keluarga saya akan mempunyai manfaat apabila saya sudah tiada atau berlaku kemalangan.

“Saya harap selepas ini kawan-kawan yang lain juga perlu dapatkan caruman ini demi perlindungan diri, biarpun tidak banyak namun ia boleh membantu,” katanya ketika ditemui pada Mini Karnival Jom Sihat Machap Jaya di Dewan Taman Kejora, Kuala Sungga di sini, hari ini.

IMG_20231008_143221_163
Tok Batin, Besi Dulah, 42, menunjukkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) pada Program Mini Karnival Jom Sihat Machap Jaya di Dewan Taman Kejora, Kuala Sungga, Alor Gajah. Foto: MR. AZLI

Nada sama turut disuarakan Besi Dulah, 42, Tok Batin dari Kampung Orang Asli Kubang Badak apabila menerima tajaan caruman itu dan berharap rakan-rakannya turut mencarum Perkeso demi perlindungan diri mereka.

“Saya bekerja di ladang kelapa sawit lebih 20 tahun, risiko bekerja sendiri ini sangat besar sebab kita tidak jangka perkara yang berlaku.

“Jadi bila dapat caruman Perkeso ini secara tidak langsung dapat memberi keyakinan kepada saya sewaktu bekerja di ladang.

“Terima kasih pada yang terlibat memberi caruman ini, saya salah seorang masyarakat Orang Asli yang beruntung kerana menerima manfaat ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2019
Kongsi :
Previous post Melaka sasar lepaskan 250,000 nyamuk Berwolbachia hingga Januari 2024
Next post Penempatan warga asing kotor antara punca kes denggi meningkat di Melaka
Ubah saiz-+=