Sorting by

×

Terima kasih ‘KM’ sudi melawat

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TABOH NANING 18 Okt. – “Tidak sangka apabila Ketua Menteri datang ke rumah dan masih terkejut kerana beliau sudi mendengar pemasalahan yang saya hadapi.

“Saya ingatkan beliau hanya akan bagi sumbangan tetapi sempat bertanya khabar serta berjanji akan bantu urusan permohonan bantuan,” kata warga emas P Intheranee, 60.

Intheranee yang juga orang kelainan upaya (OKU) apabila kedua- dua kakinya terpaksa dipotong kerana diabetis berkata, dia amat bersyukur dengan kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali kerana secara tidak langsung dapat meringankan beban serta perbelanjaan dapur.

Kata ibu kepada empat anak itu, selepas kehilangan suami dia kini bergantung kepada anak-anaknya termasuk membantu melakukan rutin harian yang lain.

“Saya meminta agar ketua menteri membantu saya untuk mendapatkan bantuan kebajikan kerana sebelum ini ada mohon tetapi tidak lulus.

“Dengan keadaan sekarang selain faktor kewangan kerana perlu mendapatkan rawatan susulan saya turut memakai lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Naning, di sini.

Sementara itu, Sulaiman berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat semakan dan melakukan proses permohonan wang saku dan akan selesaikan sebaik mungkin dalam meringankan beban rakyat.

“Proses itu akan minta disegerakan dan pada hari ini juga saya sempat melawat dan menyampaikan sumbangan kepada empat penduduk sempena sambutan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

“Melalui program turun padang ini saya berpeluang mendengar masalah dan keluhan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Views:

614
Kongsi :
Previous post ‘Derita’ 17 keluarga mangsa banjir bakal berakhir
Next post Air pasang besar jejaskan nelayan di Pantai Puteri dan Kuala Linggi
Ubah saiz-+=