Sorting by

×

TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI MELAKA – AARON CHIA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 29 Oktober – “Terima kasih buat Kerajaan Negeri Melaka kerana sentiasa memberi semangat kepada atlet Melaka,” kata pemain badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia selepas menerima insentif daripada Kerajaan Negeri hasil kejayaannya merangkul pingat gangsa pada temasya Olimpik Paris 2024.

Aaron yang merupakan anak jati Melaka, menerima durian runtuh sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Melaka pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Pingat Olimpik Paris 2024 dan SUKMA XXI, Sarawak 2024 di Seri Bendahara, semalam.

Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya, dia bersama rakan regunya, Soh Wooi Yik kini fokus untuk menamatkan beberapa siri kejohanan sebelum menutup tirai tahun 2024.

“Selepas ini kami akan ke Korea Selatan bagi menghadapi kejohanan di sana dan seterusnya fokus kejohanan yang lain sehingga penghujung tahun 2024.

“Misi kami hanya mahu habiskan baki saingan kejohanan, lebih-lebih lagi rakan regu saya (Wooi Yik) hadapi kecederaan selepas Olimpik Paris, sekarang dia baru sahaja sembuh dari kecederaan, apa yang mampu kami lakukan adalah mencari momentum kemenangan secara berperingkat,” ujarnya.

Terdahulu, beliau menerima insentif berkenaan yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Selain Aaron, majlis tersebut turut meraikan seramai 110 atlet serta 67 jurulatih Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka yang berjaya menyumbang pingat pada temasya SUKMA XXI yang lepas.

Kesemua mereka menerima insentif daripada Kerajaan Melaka berjumlah RM254,675 dan telah disampaikan sendiri oleh Ab Rauf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post MICOST LAHIR 3,670 GRADUAN SEJAK 2006
Next post RM83.67 JUTA LAKSANA BAS.MY DI MELAKA
Ubah saiz-+=