Sorting by

×

Terima kasih JKR’ – penduduk RCK

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER LIMAU 17 Mac – Penduduk Kampung Ramuan Cina Kecil (RCK) mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana melakukan kerja penyelenggaraan di laluan berselekoh di Kilometer 40 Jalan Masjid Tanah-Lubok Cina yang berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Seorang penduduk Rustam Ma’ali, 34, berkata selekoh berkenaan merekodkan beberapa kemalangan jalan raya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya dan penduduk lain perlu lebih berhati-hati setiap kali melalui selekoh itu, bimbang berlaku kejadian tidak diingini, tapi sekarang selepas kerja penyelenggaraan dijalankan berasa lebih terjamin.

“Selekoh itu bukan setakat tajam, permukaan yang tidak rata menyebabkan air bertakung, bila sudah kering mendapan pasir yang tertinggal membahayakan penunggang,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Jurutera JKR Daerah Alor Gajah, Ir Mohd Haidir Haron berkata, kontraktor dilantik sudah menjalankan kerja meratakan bahu jalan bagi mengelakkan air bertakung daripada berulang.

Mohd Haidir berkata, meskipun kerja penyelenggaraan sudah dilakukan pengguna jalan raya khusus penunggang motosikal diminta agar sentiasa berhati-hati.

“Kena sentiasa berhati-hati, bukan ketika menggunakan jalan itu saja tapi laluan lain, bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kami sedia menerima sebarang aduan, kerja pembaikan jalan rosak atau ditakungi air sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau, meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat berhubung kerosakan jalan kepada pihaknya agar kerja penyelenggaran dapat dilakukan dengan segera.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1730
Kongsi :
Previous post Futsal wanita Melaka ‘mengamuk’ belasah KL 26-0
Next post Tidak benar eksport ketum ke Thailand – Hamzah
Ubah saiz-+=