
Terima kasih ‘frontliner’- Kamel
AYER KEROH 12 Okt.- Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan khususnya di negeri ini atas khidmat bakti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung wabak COVID-19.
Penghargaan itu dizahirkan kepada petugas barisan hadapan berikutan penamatan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri yang bermula tengah malam tadi.
Beliau turut memberikan penghormatan terakhir kepada pasukan keselamatan di SJR Plaza Tol Ayer Keroh, di sini pada jam 11.20 malam tadi.

“Jutaan terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan kita.
“Sebagai menghargai penat lelah dan pengorbanan mereka semua marilah kita semua terus mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Melaka Hari Ini dan disertakan tanda pagar #kitabelummenang
#MELAKAkenaMENANG.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...