
Terima kasih dan selamat tinggal Safiq Rahim
KRUBONG 4 Dis. – Tanda tanya mengenai kedudukan pemain berstatus bintang Safiq Rahim sebagai Kapten Melaka United (MU) terungkai apabila kontraknya tidak disambung bagi mengetuai skuad itu pada musim hadapan.
Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC Datuk Mohd Saiful Mat Sapri di Stadium Hang Jebat hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan dan kesesuaian pemain kelahiran Selangor itu untuk beraksi semula dalam pasukan bagi musim 2021.
Katanya, keputusan itu dibuat beberapa hari lalu dan ahli lembaga pengarah (BOD) berpandangan pasukan MU memerlukan muka baharu bagi menggantikan Safiq.
“Seorang pemain senior yang mempunyai nama besar dalam sukan bola sepak tanah air dijangka menggantikan tempat beliau.
“Perkara itu (pengganti) masih di peringkat rundingan dan akan diumumkan minggu hadapan namun apa yang boleh diberitahu pemain itu bermain bagi posisi penyerang.
“Pemain itu juga pernah membantu skuad kebangsaan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,” katanya.
Safiq menyertai MU selepas dipinjakan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun lalu dan kontraknya disambung semula awal tahun ini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...