Terima 10 jahitan, gaduh gara-gara enggan main ‘Mobile Legend’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TELOK MAS 12 Mac – Seorang lelaki berusia 25 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di dahi akibat dipukul sekumpulan individu berikutan membantu rakannya yang enggan bermain permainan ‘Mobil Legend’ dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata berdasarkan laporan, mangsa yang bekerja sebagai pelayan restoren bersama rakannya ke lokasi kejadian untuk berjumpa orang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian beberapa lelaki menaiki motosikal menghampiri mereka berdua sebelum memukul rakannya.

“Mangsa cuba membantu namun dia juga dipukul sehingga mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang hidung.

“Akibat kejadian itu, mangsa menerima 10 jahitan di dahi ketika dirawat di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan mendapat punca pergaduhan itu dipercayai kerana tidak berpuas hati akibat dimaki hamun berikutan keengganan bermain ‘Mobile Legend’.

Katanya, susulan itu, polis menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 23 tahun dalam serbuan pertama di tepi jalan Kota Melaka pada jam 12.15 tengah malam tadi

“Tangkapan susulan polis menahan tiga lagi lelaki berusia antara 16 hingga 28 tahun di lokasi sama serbuan pertama.

“Ketujuh-tujuh suspek direman lima hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Sekayen 326/148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Christopher berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan atau ada lagi suspek terlibat dalam pergaduhan itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post Wajar contohi JPKK Cheng Perdana, sumbang bantuan sekolah
Next post Pemilihan UMNO Melaka berjalan lancar, tertib
Ubah saiz-+=