Sorting by

×

‘Terbukti mereka jadi duri’ – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

MASJID TANAH 4 Okt – Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri disifatkan seperti ‘duri’ yang telah mengkhianati parti.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, beliau sehingga ke hari ini tidak pernah membeza-bezakan mana-mana ADUN dalam kalangan parti itu.

“Saya tidak tahu mana duri, mana daging. Saya nak kata bahawa anggapan saya sepanjang diberikan kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri (Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali untuk menguruskan kerajaan negeri, saya saya tidak memilih sama ada mereka duri atau daging.

“Kalau mereka nak jadi duri, terserah pada diri mereka, (tapi) hari ini terbukti mereka telah menjadi duri kepada daging-daging yang telah dihidangkan dihadapan mereka untuk bersama-sama membina kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini hari ini. Hadir sama, dan barisan Exco dan ADUN Perikatan Nasional (PN).

Suhu politik Melaka hari ini panas apabila empat ADUN Melaka hari ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri .

Mereka adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron (BN), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Pengumuman itu diketuai Idris bersama mereka dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah jam 1.15 tengah hari tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

669
Kongsi :
Previous post UMNO Melaka bersedia pembubaran DUN
Next post Keahlian UMNO Idris, Nor Azman tergugur – Ab Rauf
Ubah saiz-+=