
Terbuka Jerman: Zii Jia melangkah ke suku akhir
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perseorangan nombor satu badminton negara Lee Zii Jia sekali lagi digasak hari ini dalam perlawanan menentang Christo Popov dari Perancis, sebelum berjaya menempah tempat pada suku akhir Terbuka Jerman.
Pemain berusia 23 tahun di ranking ketujuh dunia itu terpaksa berkerja keras selama 61 minit untuk menyingkirkan pemain ke-62 dunia Popov 21-13, 18-21, 21-12, dalam pusingan kedua kejohanan itu di Westenergie Sporthalle, Muelheim.
Pada aksi suku akhir esok, Zii Jia akan berdepan cabaran dari pemenang perlawanan antara Zhao Junpeng dari China dan pemain Korea Selatan Heo Kwanghee.
Semalam, juara bertahan All England itu terpaksa bermain perlawanan rubber set sebelum menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 19-21, 21-13, 21-8 selepas 52 minit.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...