Teratak 100 tahun medan pertemuan 400 ahli keluarga

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KOTA LAKSAMANA 13 APRIL – Lebih 400 waris keturunan Hashim Datuk Demang Abdul Ghani berkumpul meraikan lebaran di teratak warisan berusia satu abad.

Selain meraikan ulang tahun ke-100 Villa Sentosa, Kampung Morten, di sini, yang dibina pada 1923, teratak berkenaan turut menjadi medan pertemuan keluarga setiap kali tiba lebaran.

Waris keenam rumah itu, Ibrahim Hashim, 84, berkata, keluarganya itu kini telah memasuki generasi ke-12.

Katanya, Villa Sentosa merupakan antara tumpuan pelancongan di kampung berkenaan dan telah menerima lebih 200,000 pelancong sejak ia dibuka beberapa tahun lalu.

Justeru, mereka mewakili generasi yang masih tinggal bertekad mahu mengekalkan teratak berkenaan yang merupakan antara warisan seni bina Melayu yang masih teguh sehingga hari ini.

Img 20240413 173916 902
WARIS kepada pengasas Villa Sentosa, Ibrahim Hashim, 85 bergambar kenangan di tangga Villa Sentosa pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Villa Sentosa di Kampung Morten. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Rumah ini dibuka kepada orang ramai dan terus menjadi tumpuan pelancong yang datang untuk melihat seni bina melayu yang bersejarah di rumah ini.

“Kita tidak mengenakan caj bayaran yang ditetapkan kepada pelancong, mereka boleh bayar ikut kemampuan mereka sebab hasil daripada kutipan itu kita akan jadikan untuk menambah baik rumah ini

“Pada sambutan kali ini, lebih 400 keluarga terdiri daripada sanak-saudara berkumpul bersama bagi meraikan lebaran kali ini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, sambutan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

366
Kongsi :
Previous post TMM2024: 4 buah kereta menanti pemenang bertuah bulan ini
Next post Kak Som ziarah ibu hilang dua anak menjelang Syawal
Ubah saiz-+=