Terapi mural bantu kurangkan tekanan banduan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

JASIN 19 September – Terapi Mural merupakan antara pendekatan diambil bagi membantu mengurangkan tekanan penghuni Pusat Koreksional Jasin.

Menurut kenyataan dikeluarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, pihaknya komited bekerjasama dengan Pusat Koreksional Jasin bagi membantu penghuni di kawasan terbabit meluangkan masa menghasilkan mural sebagai terapi.

Baru-baru ini, seramai empat pensyarah diketuai Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) bersama lima Orang Diselia (ODS) menyertai program yang bertemakan agrikultur itu.

WhatsApp Image 2023-09-18 at 17.00.47
MOHD Idlam melengkapkan mural yang disiapkan oleh penghuni dan pensyarah UiTM terlibat.

Sementara itu, Pengarah pusat terbabit, Penolong Komisioner Penjara (PKP), Mohd Idlan Jamil berkata, penganjuran terbabit sekali gus membuktikan bahawa lukisan mural adalah salah satu terapi kepada penghuni pusat melalui kombinasi warna, corak dan imej yang dihasilkan.

“Aktiviti seni ini seterusnya diharap dapat menghilangkan tekanan yang mereka hadapi.

“Selain itu, lukisan mural ini direalisasikan selari dengan konsep ‘Green Prison’ sebagai usaha Jabatan Penjara untuk mengubah stigma dan persepsi negatif masyarakat terhadap penjara selama ini,” katanya.

Terdahulu dalam program diadakan bermula dari 12 hingga 14 September lepas turut menyumbangkan dana sebanyak RM3,000 daripada Badan Sukarelawan At-Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

949
Kongsi :
Previous post Mayat berulat, hampir reput ditemui di Pulau Sebang
Next post Lagak ngeri ‘Pahlawan Merah’
Ubah saiz-+=