Sorting by

×

TENGKU HASSANAL BERANGKAT KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MERLIMAU 12 April – Keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

Berlangsung di Dataran Orang Kampung, di sini, orang ramai khususnya warga Merlimau mula hadir seawal jam 7.30 petang bagi memeriahkan sambutan.

Dengan lebih 30 gerai makanan di sediakan, tetamu yang hadir mempunyai pelbagai pilihan juadah untuk dinikmati bersama keluarga antaranya kambing golek, sate, nasi lemak, mi kawah, roti canai dan pelbagai air balang.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman serta Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Img 20250412 220326 327
TENGKU Hassanal bersama Tun Dr. Mohd Ali, Ab Rauf dan kenamaan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri yang lain.

Suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Merlimau lebih meriah apabila ada di antara tetamu yang hadir membawa tikar dan makan secara santai di Dataran Orang Kampung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1332
Kongsi :
Previous post 18 PROGRAM MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Next post LEBIH 10,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS