Sorting by

×

TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan helikopter jenis Sikorsky UH-60 Black Hawk untuk kegunaaan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, di pihak kementerian beberapa proses perlu dilihat terlebih dahulu sebelum tender sewaan itu dibuka kepada semula kepada syarikat yang layak.

Katanya, keutamaan waktu ini adalah untuk mendapatkan helikopter bagi melancarkan operasi khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kalau dilihat sebelum ini kita sudah tamatkan (kontrak tender) kerana syarikat terlibat tidak dapat buat penghantaran jadi kita akan lihat balik melalui proses kebiasaan.

“Sebenarnya kalau kita lihat memang dalam penilaian dan selepas kita membuat penamatan itu akan ada beberapa proses yang perlu dilalui sebelum kementerian melihat bagaimana cara untuk dapatkan (helikopter).

“Sekarang ini kita sedang dalam proses melihat yang mana boleh cepatkan untuk mendapatkan helikopter selain melihat juga model sewaan ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Santunan Ramadan Bersama Pekerja-Pekerja Sektor Pembersihan Anjuran Yayasan Amal Asas Dengan Tajaan Iltizam Bersama Ekuinas, di Durian Tunggal, hari ini.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, tender kontrak sewaan helikopter dijangka dapat selesai pada tahun ini.

“Kita cuba untuk selesaikan pada tahun ini dan sekiranya jika ada keperluan kita akan buka tender terbuka. Untuk itu jika ada pihak yang berminat mereka boleh menghantar cadangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG