TEMPOH LIMA HARI TUNTUT KERBAU

Masa Membaca:59 Saat

ALOR GAJAH 8 Oktober – Pemilik ternakan diberi masa lima hari untuk tampil dan menuntut kerbau yang ditangkap dalam operasi dijalankan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), awal pagi tadi.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, operasi itu dijalankan pihaknya susulan aduan awam mengenai haiwan terbabit yang berkeliaran hingga mengganggu orang awam.

“Dalam operasi yang dijalankan kira-kira lima jam dan berkahir pada 8 pagi itu sebanyak 12 ekor kerbau dipercayai dipelihara berjaya ditangkap.

“Kesemua kerbau ini disita dan pemiliknya diberi masa lima hari untuk hadir membuat tuntutan serta menjelaskan kompaun bernilai RM1,000 bagi setiap ekor ternakan yang ditangkap.

“Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat dalam tempoh itu, tindakan lelongan akan dilaksanakan mengikut Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Haiwan Ternakan (MPAG) 2012,” katanya.

Menurutnya, tindakan operasi yang dilaksanakan pihaknya itu bagi memastikan keselamatan orang awam dan penduduk sekitar.

“Akibat haiwan ini dibiarkan berkeliaran pernah berlakunya kemalangan selain kacau ganggu ketenteraman awam mengakibatkan kerosakan.

“Susulan itu menerusi operasi yang dijalankan ini kita berharap agar dapat mengelakan sebarang kejadian tidak diingini selain pemilik lebih peka keatas haiwan peliharaan dengan tidak membiarkan ternakan berkeliaran terutamanya di sekitar jalan raya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post PENGARAH SYARIKAT MENGAKU TIDAK SALAH KEMUKA TUNTUTAN PALSU
Next post PAPAN IKLAN PERLU MARTABATKAN BAHASA
Ubah saiz-+=