Tempahan Perodua D55L dibuka, harga bermula RM62,500

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Model baharu Perodua D55L dibuka untuk tempahan dengan harga bermula dari RM62,500, menurut sumber portal Hmetro, semalam.

Ia ditawarkan dalam varian X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, model baharu tersebut merupakan yang pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

Malah, sebahagian ciri utama pada model baharu itu adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).

Turut terdapat pada semua varian adalah “Lane Departure Warning and Prevention”, manakala varian AV didatangkan dengan “Lane Keep Control”, “Blind Spot Monitor”, “Rear Cross Traffic Alert” dan “Adaptive Cruise Control”.

“Dengan kesemua ciri-ciri ini, Perodua D55L adalah model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV adalah kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.

“Perodua D55L memenuhi trend SUV dengan saiz kompak, gaya kontemporari dan ciri-ciri moden, menjadikannya paling sesuai untuk gaya hidup aktif seharian,” katanya.

Katanya, tambah menarik lagi, Perodua D55L juga adalah kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend “downsizing” global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/liter – terbaik dalam kelasnya.

“Sementara itu, memandangkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan dijangka berakhir pada hujung Jun, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat tempahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

374
Kongsi :
Previous post ADUN Merlimau agih sisipan khas Smart A+
Next post 858 mangsa banjir dipindahkan ke 12 PPS di Sarawak
Ubah saiz-+=