Sorting by

×

Tembakan meriam gamatkan Jamuan Terlajak Raya Duyong

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

DUYONG 21 Mei – Tembakan meriam pada sambutan Jamuan Terlajak Raya Japerun Duyong, di Bukit Serindit, dekat sini menggamit kembali nostalgia zaman dahulu kala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abd Halem berkata, acara ‘perang meriam’ pada majlis rumah terbuka itu membabitkan kira-kira enam kampung.

Katanya, tembakan meriam itu menggamitkan kembali nostalgia kerana situasi itu jarang ditemui pada masa kini.

“Ledakan tembakan itu akan ada selagi kabaid ada.

“Malam ini kita lawan antara kampung antaranya Kampung Seri Duyong dan Batu Berendam. Dua meriam digunakan dan bancuhan kabaid dibuat oleh anak-anak muda dari kampung yang terbabit,” katanya.

IMG_7689
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (dua dari kanan) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua dari kiri) diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong merangkap Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abdul Halem (kiri) hadir pada Majlis Rumah Terbuka Terlajak Aidilfitri DUN Duyong di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, Melaka. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum (kanan). Foto: MR. AZLI

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari.

Turut sama adalah barisan Exco Kerajaan Negeri antaranya Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam.

Menurut Noor Helmy, pada majlis itu kira-kira 30 gerai makanan disediakan bagi memudahkan tetamu yang hadir untuk menikmati hidangan yang disediakan.

“Kita jangkakan kehadiran ada pertambahan, jika tahun lalu 13,000 orang dan pada malam ini lebih ia berdasarkan ‘trend’ rumah terbuka.

“Justeru itu kita sediakan kira-kira 30 gerai dengan 16 juadah antaranya ayam golek, sate, ketupat dan juga putu piring.

“Kita cuba buatkan yang terbaik selain pastikan setiap tetamu yang hadir dapat makan dan tidak pulang dengan tangan kosong,” katanya.

IMG_7687
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong merangkap Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abdul Halem beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Terlajak Aidilfitri DUN Duyong di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, Melaka. Foto: MR. AZLI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5755
Kongsi :
Previous post Pengusaha Ayam Percik Hutan Percha meninggal dunia
Next post Ramah mesra atlet, pemimpin negeri di rumah terbuka Aidilfitri
Ubah saiz-+=