Tema retro buka tirai Melaka Bila Larut Malam di Panggung Bangsawan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Mei – Pengurusan Panggung Bangsawan Melaka menyasarkan kira-kira 400 pengunjung akan hadir menyaksikan persembahan pentas diatur setiap kali pelaksanaan Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife bermula 1 Jun ini.

Pengurus Besar MCORP Corporation Services Sdn Bhd (MCS), Datin Sukhirah Ibrahim berkata pihaknya telah mengatur enam program sepanjang tahun khusus untuk memeriahkan Melaka Bila Larut Malam.

Sukhirah berkata, secara keseluruhan pihaknya menjangkakan sehingga 2,500 pengunjung akan hadir menyaksikan persembahan pentas bersempena Melaka Bila Larut Malam sepanjang tahun ini.

“Pengisian program di Panggung Bangsawan Melaka adalah mengikut tema yang mana persembahan pertama Bila Larut Malam pada 1 Jun depan bertemakan retro dan diselang seli dangan ‘stand up’ comedy.

“Pengunjung boleh mendapatkan tiket dengan cara ‘walk-in’ terus ke Panggung Bangsawan Melaka. Tiket cuma RM10 seorang tetapi jika lima orang cuma bayar RM40 sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada 26 Mei lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah melancarkan Program Melaka Bila Larut Malam di Banda Hilir, sekali gus menambah satu lagi produk pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Lebih istimewa Melaka Bila Larut Malam adalah produk pelancongan pertama selepas jam 11 malam dengan menawarkan kemasukan pada harga RM10 ke tujuh lokasi terpilih seperti Zoo Melaka; Menara Taming Sari, Muzium Penjara; Melaka River Cruise; Melaka Floating Market’ Muzium dibawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Panggung Bangsawan Melaka.

Kesemua lokasi berkenaan kecuali Zoo Melaka dibuka kepada orang ramai bermula jam 11 malam hingga dua pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Next post Pengurus kedai kek didakwa tipu pembelian jam tangan bernilai lebih RM300,000
Ubah saiz-+=