Sorting by

×

Tema Hikayat Hang Tuah ‘sajian’ MHS buat pengunjung Melaka Bila Larut Malam

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 4 Ogos – Pelbagai persembahan menarik disajikan buat pengunjung di Malaysia Heritage Studios (MHS) bersempena Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Ogos.

Menurut Eksekutif Jualan (MHS) Ainatul Mardhiah Roslan berkata pada edisi ketiga program tersebut, MHS membawakan konsep bertemakan Hikayat Hang Tuah.

Katanya, pengunjung akan disajikan dengan persembahan dan aktiviti interaktif yang melibatkan Hikayat Hang Tuah.

“Dianggarkan 1,500 pengunjung akan hadir setiap kali penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam ke MHS.

“Antara keistimewaan pada edisi Ogos ini MHS sajikan pengunjung dengan Perarakan karakter legenda, Silat Tari di Rumah Melaka, Hikayat Hunt Explorace dan persembahan pentas membabitkan adegan Hang Tuah dan Hang Jebat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, jelasnya MHS menampilkan tema dan konsep berbeza-beza pada setiap bulan.

Tambahnya, kelainan yang ditampilkan bagi menarik lebih ramai kunjungan pengunjung untuk hadir ke MHS.

“Untuk Program Melaka Bila Larut Malam ini, MHS beroperasi dari jam 9 hingga 12 malam di mana tiket terakhir boleh dibeli pada jam 10 malam.

“MHS menjanjikan pengalaman berbeza untuk setiap pengunjung, seperti bulan Julai, tema dan konsep penceritaan lagenda dan bulan ini Hikayat Hang Tuah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

155
Kongsi :
Previous post SUKMA: Melaka sasar 3 pingat olahraga
Next post Program Melaka Bila Larut Malam: Zoo Melaka lebih meriah pada Edisi Ketiga
Ubah saiz-+=