Sorting by

×

Telur gred C di Melaka tidak cukup

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 21 April – Melaka menghadapi kekurangan telur ayam gred C berikutan permintaan tinggi dalam kalangan peniaga makanan.

EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, harga yang boleh didapati di pasaran bagi telur ayam berkenaan adalah berharga 37 sen manakala bagi gred B berharga 39 sen dan gred A (41 sen).

Katanya, masalah itu mula dikesan sejak Dis tahun lepas ketika negeri ini dilanda banjir sebelum stabil pada Jan namun kekurangan semula pada Feb kerana sambutan Tahun Baharu Cina.

“Cuma telur Gred C sahaja yang kurang (di pasaran), dan kita nak galakkan pengguna untuk menggunakan telur gred A atau telur gred B, kerana nilai kedua-dua telur gred ini selisih (beza) dua sen iaitu berharga 39 sen sebiji bagi telur Gred B, manakala 37 sen bagi telur gred C.

“Bagaimanapun, bekalan telur kembali susut pada bulan Ramadan kerana umat Islam menyambut Ramadan,” katanya kepada pemberita semalam.

EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun kebanyakan peniaga mengeskport telur gred A dan B ke Singapura namun telur kedua-dua jenis itu masih banyak dijual di pasaran.

“Setiap negeri mengalami isu yang sama ini, namun tidak berlaku lambakan telur atau sehingga berlaku kerosakan kepada telur Gred A dan Gred B di pasaran.

“Kebanyakan penternak ayam, mereka eksport telur Gred A dan B ke Singapura, jadi permintaan untuk Gred C dalam masyarakat tempatan lebih tinggi.

“Agak sukar kepada pengeluar untuk mengeluarkan telur bagi satu gred sahaja kerana ia di luar kawalan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka pada bulan Ramadan giat membuat pematuhan di bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Ujarnya, hal itu bagi memastikan peniaga menjual barangan dengan harga berpatutan dan tidak melebihi had sepatutnya.

“Pihak KPDNHEP sebelum perayaan, adalah membuat pemantauan dan pematuhan di bazar-bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi memastikan harga barang tidak dijual melampau,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

913
Kongsi :
Previous post Ibu Nagaenthran rayu selamatkan anaknya daripada tali gantung
Next post Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Ubah saiz-+=