Telur, ayam, daging di Melaka cukup

Masa Membaca:55 Saat

SUNGAI RAMBAI 17 April – Bekalan makanan terutama membabitkan barangan mentah di Melaka dijamin mencukupi menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kekurangan bekalan barangan mentah.

“Setakat ini telur, ayam, daging cukup. Alhamdulillah

“Ada satu dua (aduan) telah dimaklumkan kepada saya dan saya majukan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Festival Kuih Tradisional dan Pelita Raya Aidilfitri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di perkarangan R&R Sungai Rambai arah selatan di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd Azis.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, pihaknya ada membuat libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi memastikan keperluan pengguna dimusim perayaan itu tidak terputus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

980
Kongsi :
Previous post Bazar Aidilfitri mega dimasuk dalam kalender pelancongan Melaka
Next post Sungai Rambai dibangunkan sebagai destinasi agro pelancongan
Ubah saiz-+=