Teknologi mekanisasi tangani masalah kekurangan tenaga buruh di ladang

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BANDA HILIR 1 Nov – Bagi meningkatkan kecekapan aktiviti perladangan dan produktiviti buruh, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini giat membangunkan jentera serta mesin.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, pelbagai langkah diambil kerajaan bagi menampung kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan antaranya memudahkan kemasukan tenaga kerja asing serta mempertingkatkan penggunaan mekanisasi dalam operasi ladang.

Beliau berkata, sehingga ini lebih 35 buah jentera ladang dibangunkan dan banyak yang sudah dikomersialkan kepada industri seperti Hydra-Porter, Cantas, Grabber dan Beluga.

“Seperti kita sedia maklum, sektor perladangan sawit berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja meskipun kira-kira 75 peratus kebergantungan adalah kepada tenaga buruh terutamanya untuk penyelenggaraan ladang dan penuaian buah tandan segar (BTS).

“Buat waktu ini kita dapati 20 hingga 30 peratus daripada kekurangan tenaga dapat ditampung dengan penggunaan mekanisasi kalau lebih tinggi kita gunakan jentera lebih banyak kebergantungan kepada buruh dapat dijurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Labour And Mechanisation In Plantation 2022 (LAMP2022) yang turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, hari ini.

photo1667283405
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (tengah) bersama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir (dua dari kanan) melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Seminar Labour and Mechanisation in Plantation (LAMP) 2022 di Hotel Holiday In, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Menurut beliau, pada 2021 seramai 391,000 pekerja di sektor perladangan sawit direkodkan dan 74 peratus adalah warga asing dari Indonesia.

“Untuk tahun ini kita memerlukan 100,000 tenaga kerja asing namun sehingga hujung Oktober kita merekodkan hanya 13,000 pekerja asing sahaja yang kebanyakkan dari Indonesia.

“Saya harapkan dalam tempoh tiga atau lima tahun kita dapat dua atau tiga jentera dapat ditambah baik sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada buruh terutamanya untuk menuai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2878
Kongsi :
Previous post Melaka sudah capai nilai pelaburan RM3 bilion – Ab Rauf
Next post Makanan ringan dihasilkan di Melaka terkenal di 28 negara
Ubah saiz-+=