Sorting by

×

Tekno-Huffaz beri pendedahan TVET kepada pelajar tahfiz

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

BUKIT KATIL 20 Jun – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil akan memperluaskan Program Tekno-Huffaz dalam usaha memberikan pendedahan dalam Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar tahfiz.

Pengarahnya, Ts. Noor Ariffin Mohd Ariff@Haris berkata, TVET adalah persiapan masa depan yang amat penting dan akan memberikan pelbagai kelebihan kepada individu yang mengikutinya termasuklah pelajar tahfiz dalam mendedahkan mereka kepada situasi kerja sebenar.

Beliau berkata, menerusi program itu juga ia akan menjadi nilah tambah kepada pelajar tahfiz selain didedahkan dengan kemahiran hafazan dan lain-lain yang mereka sedang pelajari.

“Dengan pendekatan dan penerapan TVET menerusi program Tekno-Huffaz ini, ia akan melahirkan lebih ramai ilmuan Islam yang bukan sahaja mahir dalam bidang agama dan Al-Quran malah mereka juga dilengkapi dengan kemahiran tertentu.

“Dan ini menjadikan pelajar tahfiz ini berbeza dengan orang lain dalam konteks tambah nilai dalam bidang kemahiran oleh itu perbincangan serta persetujuan bersama (pihak terbabit) diperlukan bagi merealisasikan program ini,” katanya.

photo_2023-06-20_14-27-43
Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, Ts. Noor Ariffin Mohd Ariff@Haris mengadakan sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Surat Niat Jalinan Kerjasama (LOI) antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil dengan Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran Selangor di Dewan Omega, ILP Bukit Katil, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Surat Nilai Jalinan Kerjasama antara ILP Bukit Katil dan Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran Selangor (Penggerak Huffaz) yang turut dihadiri Pengasas Penggerak Huffaz Datuk Ahmad Tajuddin Jab, di ILP Bukit Katil, hari ini.

Noor Ariffin berkata, aktiviti dan silibus latihan akan disusun secara terperinci supaya sepadan dan sesuai dengan sistem pendidikan pusat tahfiz tanpa mengganggu pengajian dasar pelajar tahfiz ini.

“Aktiviti dan silibus latihan akan disusun bersama agar bersesuaian dengan sistem pendidikan di pusat tahfiz atau madrasah tanpa mengganggu fokus utama pengajian iaitu hafazan dan pengajian kitab.

“Justeru itu saya amat berterima kasih kepada Penggerak Huffaz kerana atas inisiatifnya merealisasikan penawaran kursus kemahiran TVET ini apabila membiayai kos program Asas Penyelenggaraan Paip Domestik membabitkan seramai 15 pelajar tahfiz dari daerah Melaka Tengah, yang berlangsung selama dua hari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2094
Kongsi :
Previous post Kutipan zakat di Melaka meningkat lebih RM8 juta
Next post Penggantian segera untuk kekosongan jawatan doktor kontrak
Ubah saiz-+=