
Teka-teki siapa TYT Melaka ke-7 terlerai
AYER KEROH 4 Jun — Teka-teki siapa bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 kini terlerai.
Ini berikutan beberapa keping gambar yang tular hari ini menunjukkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan isterinya Puan Sri Asmah Abdul Rahman bersiap-sedia untuk meninggalkan kediaman mereka sambil doa dibacakan oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Mohd Ali, 71, yang berpakaian baju melayu hitam dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Laporan media sebelum ini menyebut istiadat berkenaan akan berlangsung secara ringkas dengan hanya dihadiri beberapa pemimpin negara dan negeri termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.
Sejurus selepas itu, Mohd Ali, juga dijangka dianugerahi darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 akan diadakan Balai Istiadat, Seri Negeri di sini esok.
Views:
Related


Berita Lain
JUMLAH MANGSA BANJIR DIJANGKA MENINGKAT
MERLIMAU 6 Mac - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjangkakan jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini akan meningkat...
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...