Teater warisan, sejarah diteruskan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Julai – Slogan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ diharap menjadi ilham buat semua penggiat seni dan rakyat Melaka untuk terus mengangkat sejarah dan warisan Negeri Melaka kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, sejarah dan warisan yang ada di Melaka perlu diwariskan kepada generasi  bangsa masa hadapan.

Katanya, pementasan Teater Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku Titah Dijunjung’ juga seara tidak langsung membangkitkan semula semangat perjuangan Hang Tuah dan mengimbau perjalanan beliau sebagai pahlawan Melaka yang cukup hebat.

“Beliau seorang laksamana yang digambarkan mempunyai keberanian, kepintaran dan menjadi seorang diplomat dalam menjalankan hubungan dua hala di seluruh dunia.

“Kita akan persembahkan lagi teater begini dalam masa terdekat supaya ia dapat menarik minat pengkaji sejarah dan penggiat seni seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan hari akhir Pementasan Teater Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ di Panggung Bangsawan Melaka di sini, malam tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum;  Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin, Timbalan Exco Pelanongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan dan  Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Terdahulu Ab Rauf, bersama jemputan menyaksikan teater berkenaan yang berlangsung selama dua jam dan mula dipentaskan dari 28 hingga 30 Jun.

Teater itu telah mendapat sambutan menggalakkan yang mana hampir 900 tiket berjaya dijual selama tiga hari ia dipentaskan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post Momentum kesepaduan pacu kejayaan gerak kerja BISTARI
Next post Melaka persinggahan pertama pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah
Ubah saiz-+=