TEATER MUZIKAL PUTERI HANG LI PO, PEMENTASAN DUA BUDAYA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KLEBANG 6 Oktober – Teater Muzikal Puteri Hang Li Po dicadang untuk dipentaskan sekali lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat seni menghayati kisah klasik puteri Maharaja China itu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berharap Istana Budaya menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Melaka sekali lagi menjalankan pementasan teater itu pada Disember nanti.

Ab Rauf berkata, Teater Muzikal Puteri Hang Li Po mengisahkan mengorbankan cinta kerana setianya kepada maharaja demi menjaga hubungan baik antara China dan Melaka.

“Kita harap selepas ini mereka akan membawakan lagi pementasan ini ke Melaka pada Disember depan supaya dapat membuka peluang kepada orang ramai untuk menghayati sejarah yang tercipta antara dua negara suatu ketika dahulu.

“Pementasan ini akan memberi peluang kepada peminat sejarah dan teater dan menjadikan Melaka sebagai saksi kepada sejarah yang berlaku,” katanya epada pemberita selepas menghadiri pementasan itu diadakan di Encore Melaka, di sini hari ini.

Hadir sama, Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama, Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Roslan Abdul Rahman, serta tetamu lain.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, penganjuran edisi kedua pementasan teater muzikal itu dicadang turut akan disaksikan beberapa pemimpin negara dan negeri.

“Terima kasih kepada MOTAC dan Istana Budaya yang berjaya membongkarkan perjalanan Puteri Hang Li Po supaya sejarah yang telah tertanam sejak 600 tahun dahulu terus dihargai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

57
Kongsi :
Previous post TIGA ANGGOTA POLIS ANTARA 14 INDIVIDU DITAHAN POSITIF DADAH DI PUSAT HIBURAN
Ubah saiz-+=