Sorting by

×

Teater Hikayat Hang Tuah buka minda generasi muda

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Jun – Teater Hikayat Hang Tuah: ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ yang menerima sambutan membuktikan pementasan itu mampu menyuntik semangat generasi muda untuk menghayati sejarah.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Erne Hamsah berkata, ia antara inisiatif yang dilaksanakan pihaknya bagi mendukung hasrat Kerajaan Negeri meluruskan fakta sejarah negeri ini.

Katanya, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan Perzim terutama mendidik anak muda di bangku sekolah bagi memastikan pewaris itu disuntik dan menghayati erti sejarah yang dibentuk sejak dahulu lagi.

“Alhamdulillah, melihat sambutan ini kita yakin pelbagai imisiatif menerusi kerjasama pelbagai pihak akan dijalankan selepas ini bagi bersama Kerajaan Negeri menyuntik kefahaman sejarah dan budaya kita yang sebenar.

“Perzim komited untuk meneruskan hasrat ini termasuk melaksanakan pemeliharaan warisan tidak ketara yang ada di Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pementasan teater selama tiga malam bermula 28 hingga 30 Jun membuktikan industri seni pementasan itu masih menerima sambutan terutama dalam pembikinan pengkhisahan berkaitan sejarah.

“Kita akan terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pertubuhan Teater Melaka (Pertem) dan sebagainya untuk memastikan hasrat meluruskan fakta sejarah ini dicapai menerusi pementasan.

“Sambutan kali ini begitu menggalakkan dan setakat dua malam ia ditayangkan kita berjaya menjual lebih 500 tiket setakat ini.

“Pementasan yang dilakonkan ramai artis terkenal tanah air merupakan sebuah teater pengkisahan Hang Tuah diilhamkan daripada buku Hikayat Hang Tuah itu sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

503
Kongsi :
Previous post Teater Hikayat Hang Tuah ‘full house’
Next post Lebih banyak program kebajikan dianjur BISTARI
Ubah saiz-+=