Sorting by

×

Teater ‘Adoi…Baba!’ di Panggung Sari JKKN Melaka 14 Okt ini

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 12 Oktober – Teater ‘Adoi…Baba!’ akan dipentaskan di Panggung Sari, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera (JKKN) Negeri Melaka pada 14 dan 15 Oktober ini.

Pengarah JKKN Negeri, Ezlina Elias berkata teater tersebut merupakan anjuran Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) dengan sokongan Projek Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Katanya, teater tersebut merupakan naskah adaptasi daripada karya asal Jhonie Habibie yang diolah oleh Pengarah teater ‘Adoi…Baba!’, Norhan Fahmie Reyza.

photo_2022-10-12_13-15-02
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, Ezlina Alias pada Sidang Media Pementasan Teater Adoi Baba di Bilik Tun Mutahir, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Adoi…Baba! ini merupakan teater yang diberi nafas baharu dengan suntikan ‘rasa ala Melaka’ yang mempunyai unsur budaya, komedi, sosial,seni warisannya mencerminkan landskap negeri bersejarah.

“Teater ini juga telah disesuaikan dengan gaya komunikasi warga Melaka yang diangkat menjadi rencah utama ditambah pula dengan garapan etnik Chetti, Baba, Nyonya.

“Kita menyasarkan lebih 800 (pengunjung) yang akan hadir menyaksikan teater ini dalam tempoh dua hari, dan tiket boleh dibeli atas talian atau ‘walk-in’ di JKKN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Teater ‘Adoi…Baba!’ di Bilik Tun Mutahir, di sini hari ini.

Dalam sidang media itu juga, barisan pelakon teater tersebut turut diperkenalkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2208
Kongsi :
Previous post 28,278 pelajar IPTA terima WPP dengan peruntukan sebanyak RM42.4 juta – PTPTN
Next post Teater ‘Adoi…Baba!’, kisah cinta ‘Oghang Melaka’
Ubah saiz-+=