TD terima kenderaan, persenjataan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Tentera Darat Malaysia menerima aset dan persenjataan baharu pada Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat (TD) di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen, semalam.

Menurut kenyataan dikongsi di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia majis itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Pada majlis itu Tentera Darat (TD) menerima beberapa perolehan baharu bagi Kenderaan Jenis B (KJB) dan persenjataan dalam majlis tersebut yang merupakan Trak 1 Tan GS Cargo, Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), Trak 3 Tan dan 1 Tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang.

Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR). Foto Facebook Berita Tentera Darat Malaysia .

Penerimaan senjata pula adalah sebanyak 280 laras senjata yang diperolehi pada penghujung Feb melibatkan 40 laras Sniper M107A1 50 Caliber yang akan diserahkan kepada pasukan infantri dan 240 laras FN MINIMI 5.56 Mk3 Light Machine Gun untuk kegunaan operasi TD.

Trak 1 Tan FFR untuk MALBATT 850. Foto Facebook Berita Tentera Darat Malaysia .

Penerimaan aset baharu itu bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan dimana penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TD berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Subari Tomo.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2317
Kongsi :
Previous post Thailand mungkin masuk fasa endemik pada Julai
Next post 29 peratus populasi kanak-kanak di Malaysia Terima vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=