Tawaran istimewa menanti anak merdeka – MTS
BANDA HILIR 15 Ogos – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) bakal menawarkan tawaran istimewa buat ‘Anak Merdeka’ bersempena Hari Kebangsaan ke-67.
Ketua Pegawai Eksekutif MTSB Nasrul Ahmad berkata, seperti tahun sebelumnya pihaknya menawarkan kemasukan percuma khusus buat individu yang lahir pada tarikh 31 Ogos.
“Pihak pengurusan MTSB akan melakukan perbincangan sebelum membuat keputusan akhir dan hebahan selanjutnya mengenai tawaran daripada kami.
“Cadangan untuk beri kemasukan percuma bagi yang lahir pada 31 Ogos sudah dibincangkan sebelum ini, namun nantikan pengumumannya selepas ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Nasrul, pihaknya sedang merangka pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung bersempena Program Bila Larut Malam 4.0 pada 31 Ogos ini.
“Pada 31 Ogos nanti kita akan anjurkan beberapa program untuk memeriahkan sekitar Menara Taming Sari, pihak MTSB kami ingin memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung.
“Malah kita juga bersedia bekerjasama dengan agensi lain untuk mengadakan sebarang program bersempena sambutan ambang Merdeka dan Program Bila Larut Malam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI PERAIRAN INDONESIA
GEORGE TOWN 22 Disember - Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai...
OUM TERAJU BIDANG PENDIDIKAN DALAM TALIAN
BANDARAYA MELAKA 22 Disember - Open University Malaysia (OUM) terus menjadi peneraju bidang pendidikan secara dalam talian dengan menyediakan pembelajaran...
WTD 2025: PERZIM RANCANG PROGRAM BERTARAF ANTARABANGSA
BANDA HILIR 22 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan program bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember - Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong...
MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL
AYER KEROH 22 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan...
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...