Tasik Ayer Keroh, antara lokasi jadi tumpuan pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

AYER KEROH 19 Februari – Terkenal sebagai negeri pelancongan utama di Malaysia  dan mempunyai banyak tempat menarik dan sejarah untuk dikunjungi membuatkan Melaka, menjadi lokasi utama percutian keluarga.

Meskipun pernah datang ke Melaka untuk bercuti, namun negeri bersejarah itu tetap menjadi lokasi pilihan buat kebanyakan pelancong untuk percutian yang akan datang.

Tinjauan Melaka Hari Ini ke lokasi tumpuan ramai iaitu di Tasik Ayer Keroh, di sini, mendapati dipenuhi orang ramai terutamanya mereka yang berkeluarga beriadah dengan memancing, bekhemah dan melakukan aktiviti air.

14D44663-1223-4CD3-9A49-FCC538EB13A6
Pelancong dari Selangor, Mohd Hafiz Arzmi, 34. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bagi pelancong dari Selangor, Mohd Hafiz Arzmi, 34, berkata, percutiannya ke Melaka kali ini bersama ahli keluarga bukannya yang pertama.

Katanya, dia bersama kira-kira 20 ahli keluarga secara spontan mengambil keputusan untuk bercuti sempena cuti sekolah dan bersepakat untuk datang ke Melaka.

“Apabila ada yang menyuarakan untuk bercuti dan kami cadangkan Melaka, semuanya setuju terus kami membuat tempahan inap desa untuk tiga hari, sehingga esok.

“Bagi saya, bercuti di Melaka ini mudah kerana lokasinya berdekatan misalnya di sini,  mempunyai tiga tempat iaitu Zoo Melaka, Taman Buaya dan Tasik Ayer Keroh, yang boleh dikunjungi.

“Malah apabila menghala ke Banda Hilir pula, banyak tempat bersejarah yang dapat dikunjungi selain untuk ke Jonker Walk juga tidak terlalu jauh,” katanya ketika ditemui di Tasik Ayer Keroh, hari ini selepas melakukan aktiviti air menaiki E-Boat bersama keluarga.

Katanya, selain terdapat banyak tempat tumpuan untuk dikunjungi, Melaka juga mempunyai beberapa pantai pelancongan untuk keluarga berkelah.

25BEB92F-CFBE-4EC9-B9F7-7DFC04FC2D96
Pekerja Pusat Perkhidmatan Aktiviti Air Tasik Ayer Keroh, Kelly Yeo Lee Lian.

Sementara itu, pekerja pusat perkhidmatan aktiviti air, Kelly Yeo Lee Lian, berkata, setiap kali tibanya musim cuti, seawal pagi pengunjung sama ada orang Melaka mahupun pelancong luar  akan datang ke pusat aktiviti air itu untuk beriadah bersama keluarga.

“Seperti hari ini kami mula beroperasi jam 8 pagi dan tidak lama selepas itu pengunjung mula datang untuk menyewa E-Boat, kayak dan ‘paddle boat.

“Ramai yang datang sini kerana katanya banyak aktiviti dapat dilakukan jadi mereka tidak perlu bergegas. Kebiasaan apabila musim cuti pengunjung terpaksa beratur menunggu giliran untuk sewa E-Boat atau yang lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9373
Kongsi :
Previous post MTEX: Pemain industri giat promosi tarik pelancong
Next post 3,900 unit rumah siap dibina dalam tempoh setahun – LPM
Ubah saiz-+=