Sorting by

×

Tarikh akhir rayuan BPN pada 31 Mei

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KUALA LUMPUR 28 Mei — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei 2020.

Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke [email protected].

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuatnaik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas seperti berikut:
https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)_
Permohonan_Baharu_Rayuan_Bantuan_Prihatin_Nasional(Kemaskini100520206pm).pdf

Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

· Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM

· Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 28 Mei 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

–BERNAMA

Views:

836
Kongsi :
Previous post Berita gembira tapi perang lawan COVID-19 belum berakhir
Next post Jurutera elektronik komputer simpan duit sejak Tingkatan Tiga untuk buka stesen minyak
Ubah saiz-+=