Tarik minat rakyat dalami ilmu falak – Mufti Melaka

Masa Membaca:57 Saat

TANJUNG BIDARA 14 Ogos – Kursus Asas Falak Syarie memberi pendedahan kepada umat Islam mengenai ilmu falak dalam melaksanakan ibadah dan kehidupan seharian.

Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, menerusi kursus itu, ia dapat membantu merealisasi hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai hab keilmuan dalam bidang falak syarie.

“Bengkel ini menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk realisasikan impian Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan kompleks falak ini sebagai hab keilmuan dalam bidang falak syarie.

“Kursus ini dipenuhi dengan slot berkaitan bidang falak, lawatan galeri pameran, cerapan langit malam dan lain-lain.

“Diharap kursus begini dapat menarik minat para pensyarah dan kakitangan UNIMEL untuk mendalami bidang ilmu falak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutup Kursus Asas Falak Syarie UNIMEL di Dewan Hamal Kompleks Falak Al-Khawarizmi, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora; Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka merangkap Pensyarah UTeM, Dr. Radzuan Nordin dan lain-lain jemputan.

Kursus berkenaan merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Fakulti Keilmuan Islam, UNIMEL dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

113
Kongsi :
Previous post Media, pempengaruh di Melaka perlu bersama main peranan
Next post 124 ‘hotspot’ banjir di Melaka
Ubah saiz-+=