Tarawih pertama yang cukup berbeza tahun ini…

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

DUYONG 2 April – Jika tahun lalu dan tahun sebelumnya, suasana solat sunat Tarawih di masjid dan surau kelihatan sepi, namun tahun ini seakan bermulanya satu lembaran baharu bagi umat Islam di negeri ini.

Mana tidaknya, bermula tahun ini tiada lagi syarat tertentu seperti mengehadkan bilangan jemaah, malah penjarakan saf juga telah dikurangkan kepada jarak satu sejadah di antara jemaah bermula 1 April, iaitu sebaik negara memasuki fasa peralihan endemik.

Tinjauan Melaka Hari Ini di Surau Ar Redhuan, Taman Semabok Perdana mendapati suasana berbeza mula dirasai pada hari pertama solat sunat Tarawih yang jatuh pada malam ini.

Jemaah daripada pelbagai peringkat usia kini boleh menunaikan ibadah dengan lebih selesa meskipun masih terikat dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP).

SUASANA hari pertama solat sunat Tarawih pada bulan ramadan di Surau Ar Redhuan, Taman Semabok Perdana, Melaka. Foto: MR. AZLI

Antara SOP yang masih diwajibkan ialah seperti pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan membawa sejadah sendiri.

Didapati lebih 100 jemaah yang hadir menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid itu mematuhi SOP yang ditetapkan dalam membendung penularan COVID-19.

Untuk rekod, bermula esok, umat Islam seluruh Malaysia akan mula berpuasa selama sebulan bersempena kehadiran bulan mulia Ramadan.

Dikesempatan ini, Melaka Hari Ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di negeri dan negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1208
Kongsi :
Previous post Hikayat Nakhoda Muda: The Story of Pepper, Loyalty and Betrayal in the 1700s
Next post 33,700 individu lepasi sempadan Malaysia-Singapura setakat 5 petang semalam
Ubah saiz-+=